Agensi Berita Ahlul Bait-ABNA.ir, Ayatullah Ridha Ustadi tengah hari kelmarin di Masjid Madrasah Ayatullah Gulpaighani berbicara tentang menjelangnya hari ulangtahun pemergian Allamah Majlisi. Beliau mengkritik beberapa propaganda yang menyerang peribadi ulama ini dan berkata,
"Mereka mengatakan ulama besar kita ini mempunyai hungungan yang sangat rapat dengan raja-raja silam. Namun ini semua dikeranakan metodologi dakwah dan mereka dapat diajar tentang agama Islam".
Beliau menambah, "Salah satu dakwaan tidak benar tentang ulama besar kita ini ialah tuduhan bahawa Allamah Majlisi sama sekali tidak menulis kitab Biharul Anwar. Sebenarnya kemungkinan besar Allamah meminta bantuan anak muridnya menulis kitab beharga ini namun beliau sendiri yang mula menulisnya.
Ayatullah Ustadi berkata, "Sebahagian naskah-naskah lama kitab Biharul Anwar kelihatan bekas tangan Allamah Majlisi yang membuktikan Allamah sendiri menulis kitab beharga ini".
Allamah Majlisi bukanlah ahli Hadis semata-mata.
Ustadi yang merupakan anggota Jemaah Guru Hawzah Ilmiyah Qom menambah, " Sebahagian orang menganggap Allamah Majlisi hanyalah seorang ahli hadis, namun Imam Khomeini pernah menyebut beliau sebagai penyelidik Allamah Majlisi".
Beliau mengomentari pernyataan bahawa personaliti Allamah disebut dalam jurusan Hadis maka ia bukanlah seorang penyelidik, "Istilah yang dikenakan kepada Allamah Majlisi ini adalah perbuatan zalim terhadap beliau".
Ayatullah Ustadi mengatakan, "Allamah Majlisi seorang ulama yang faqih, beliau menguasai bidang Risalah Amaliyah termasuk Falsafah, Kalam dan
ilmu-ilmu lain yang berkaitan dengan Syiah serta telah banyak menulis".
Allamah Majlis menyelamatkan raja-raja silam dari Sufisme
Menerangkan personaliti ilmuan ini Ustadi mengatakan, "Raja-raja di zaman Allamah Majlisi sudah menerima Syiah namun beliau bimbang mereka ini terjebak dalam aliran sufi dan pengaruh Darwish yang berleluasa ketika itu. Allamah merasakan dirinya bertanggung jawab bertugas menyelamatkan pemerintahan beraja ini dari cenderung kepada aliran sesat dalam bentuk sufi".
Ayatullah Ustadi menganggap pengarang Biharul Anwar ini salah seorang aktivis penulis yang penting sambil mengatakan, "Allamah Majlisi telah
menghimpunkan banyak riwayat penting Ahlul Bait yang terdapat dalam berbagai kitab-kitab dan mengkategorikannya dalam lingkungan tiga ribu tajuk tentang Fiqh, Akhlak, perbahasan mengenai langit dan bumi.... "
"Kitab yang terhasil dari usaha Allamah selama 40 tahun usianya termasuklah 25 jilid yang dikarangnya. Dan sekarang 110 jilid telah diterbitkan kesan dari penulisannya".
"Jikalaulah di zamannya raja-raja Iran terpengaruh dalam aliran Sufi, orang ramai sedikit demi sedikit akan terjebak didalamnya dan pemikiran Syiah akan ditinggalkan".
"Di zaman Fateh ALi Syah memerintah baginda terpengaruh dengan aliran sufi, Mirza Qumi mengutuskan surat berasingan kepada Fateh Ali Syah, cara kritikannya terhadap Tasawwuf ialah beliau mengusulkan pembacaan kitab Biharul Anwar untuk mencenderungkan baginda kepada Syiah."